fbpx

My Gaya Month rancakkan KBBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Beli Belah Sogo Kuala Lumpur. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) bagi merancakkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, menerusi kerjasama itu, MBDA akan mengetengahkan pelbagai rekaan dan jenama fesyen tempatan yang dihasilkan 30 pereka dan penggiat kreatif tanah air bertemakan My Gaya Month.

Beliau berkata, kerjasama itu secara tidak langsung merancakkan industri fesyen dan jenama pakaian tempatan.

“Pada masa sama, ia juga dapat membantu memulihkan ekonomi pemain industri pereka fesyen dan industri yang banyak terjejas ketika pandemik Covid-19.

“Kempen My Gaya Month ini menyatukan pelbagai jenama fesyen bagi menaiktaraf pasaran tempatan dan seterusnya ke pasaran global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI