fbpx
Anggota bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami sesak nafas dalam kebakaran di sebuah rumah sekitar Taman Desa Karunmas awal pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA.

Lelaki sesak nafas, terperangkap dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang lelaki nyaris maut selepas mengalami sesak nafas ketika rumah yang didiaminya terbakar dalam satu kejadian di Taman Desa Karunmas di sini awal pagi tadi.

Tindakan pantas anggota bomba dalam kejadian kira-kira pukul 4.23 pagi itu berjaya menyelamatkan mangsa, Woo Wei Kuan yang berusia 57 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikejarkan ke lokasi kebakaran.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah unit rumah teres dua tingkat di bahagian ruang tamu.

“Kejadian tersebut melibatkan dua mangsa lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50-an.

“Salah seorang mangsa yang mengalami sesak nafas dan melecur pada bahagian kaki di bilik tidur tingkat satu berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, rawatan awal telah diberikan kepada mangsa yang mengalami sesak nafas sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

POPULAR