fbpx

Tiada kompaun langgar SOP rentas negeri setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Tiada sebarang perjalanan rentas negeri oleh individu yang belum lengkap dua dos vaksin di semenanjung negara dikesan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M. V. Srikumar M. Nair berkata, sehingga kini sebanyak 522 kenderaan yang melakukan perjalanan rentas negeri telah diperiksa.

“Tiada sebarang kompaun yang dikeluarkan oleh Pasukan Pemantauan Pematuhan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada 522 buah kenderaan yang diperiksa.

“Bagaimanapun di Sarawak, sebanyak 189 buah kenderaan telah diarah berpatah balik selepas didapati melakukan pelbagai pelanggaran,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 4 juta kenderaan dijangka akan melakukan perjalanan rentas negeri selepas dibenarkan untuk berbuat demikian bermula Isnin lalu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, pihak polis akan berterusan melakukan pemeriksaan secara rambang bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP.

“Setiap penumpang dan pemandu kenderaan harus memastikan telah lengkap divaksin termasuk tamat tempoh 14 hari selepas divaksin kerana walaupun tiada sebarang sekatan jalan raya dilakukan, pihak polis akan berterusan melakukan pemeriksaan secara ramabang,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI