fbpx

Cabut, pindahkan rumah guna bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tersebut dipindahkan melalui laluan air pada jarak lebih 800 meter. - Keith Goodyear

NEWFOUNDLAND, KANADA – Sepasang kekasih di Newfoundland, Kanada, yang menemui rumah idaman mereka di sebuah kawasan pesisir pantai bertindak ‘mencabut’ dan memindahkan kediaman tersebut menggunakan laluan air pada jarak lebih 800 meter (m), lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Daniele Penney dan teman lelakinya, Kirk Lovell, menemui rumah yang akan dirobohkan itu di pesisir pantai Bay of Islands.

Disebabkan tertarik dengan rekaannya, mereka meminta kebenaran daripada pemilik asal rumah itu untuk mencabut rumah tersebut dari tanah dan memindahkannya ke tanah milik mereka di McIvers, lebih 800 m dari lokasi itu menggunakan jalan air.

Menyedari kesukaran yang dihadapi sekiranya memindahkan sebuah rumah  menggunakan jalan darat, pasangan itu membuat keputusan untuk mengapungkan kediaman tersebut di atas laut.

Beberapa buah tong dipasang di bawah rumah tersebut dan diikat menggunakan bingkai logam yang dipenuhi dengan tayar lama bagi membolehkannya terapung di atas air dan digerakkan menggunakan bot milik Lovell.

“Satu daripada sudut rumah dimasuki air sehingga ke aras dua selain enjin bot turut mati ketika dalam perjalanan.

“Bagaimanapun, beberapa penduduk setempat membantu kami dengan menggunakan bot mereka untuk membawa rumah itu dengan selamat ke lokasi baharu,” kata Penney.

Setelah tiba di destinasi, rumah itu telah dikeringkan dan Penney serta Lovell akan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menjadikannya sebuah rumah idaman untuk keluarga mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI