fbpx

25 individu garu kepala dikompaun RM145,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 25 individu yang ditahan selepas disyaki melanggar SOP Fasa 3 PPN dengan berhibur di pusat hiburan di Pusat Perdagangan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor hari ini. Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Biarpun sudah beratus kali diberikan amaran namun masih ada lagi segelintir individu tetap berdegil mengadakan program hiburan dalam tempoh pelaksanaan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam serbuan pukul 1 pagi itu, seramai 25 individu termasuk 10 wanita warga tempatan yang sedang asyik berhibur dikompaun dalam satu serbuan di sebuah premis di Pusat Perdagangan Kebun Teh, di sini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan sama, turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 22 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis.

Katanya, serbuan dilakukan anggota Balai Polis Larkin bersama Cawangan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.

“Seramai 24 pelanggan masing-masing dikompaun RM5,000 setiap seorang manakala penjaga premis dikompaun RM25,000. Nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan ialah RM145,000.

“Ketika serbuan dilakukan, polis mendapati premis berkenaan beroperasi dengan muzik yang dimainkan dengan kuat dan pelanggan sedang menikmati minuman keras sambil berhibur,” katanya dalam satu kenyataan semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI