fbpx

Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SIK – Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Betong, Mukim Jeneri, dekat sini semalam.

Menurut mangsa, Abd. Mutalib Manaf, 42, ketika kejadian pada pukul 4.35 petang itu, dia tiada di rumah kerana keluar bekerja.

“Semasa kejadian hanya ada isteri, Anisah Osman, 35, dan empat orang anak berusia antara tiga hingga 15 tahun serta abang saya, Solahuddin Manaf, 43, di rumah.

“Pada masa itu mereka menonton televisyen sebelum anak kedua, Nor Balqis Khairulnisa, 12, tercium bau hangit dan asap,” katanya di sini hari ini.

Katanya, anaknya itu kemudian membuka pintu tengah berhampiran bilik abangnya dan ternampak dinding rumah terbakar sehingga bahagian atas.

“Mereka cuba memadamnya tetapi gagal lalu meminta pertolongan jiran sebelum orang kampung menghubungi bomba,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI