fbpx

Seminggu kemoterapi, berat Elyana naik 15kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elyana bersyukur berat badannya naik 15kg selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua minggu lalu.

PETALING JAYA – Tiada apa yang paling mengggembirakan buat penyanyi Elyana apabila berat badannya kini sudah menunjukkan peningkatan memberangsangkan selepas menjalani rawatan kemoterepi sesi kedua sejak minggu lalu.

“Daripada 35 kilogram (kg), sekarang dah 50kg. Alhamdulillah.

“Terima kasih untuk doa yang tidak pernah putus daripada keluarga dan anda semua. Saya sayang anda semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen dalam Instagram sambil meluahkan rasa syukur.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti tidak putus-putus mendokan kesihatan serta kesejahteraan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Alhamdulillah, nampak semakin ceria dah sihat. Semoga cepat sembuh. Kuatkan semangat ya.

“Semoga terus kuat dan kekal positif mengharungi ujian Allah ini. Semoga Kak El dilindungi dalam rahmat Allah,” tulis netizen.

Terdahulu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, baru sahaja selesai menjalani kemoterapi sesi kedua bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.

Elyana sebelum ini turut pernah meluahkan kebimbangan dan kebuntuan mengenai kos sesi kedua rawatan kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang perlu dilaluinya bermula minggu lalu.

Elyana membuat pendedahan tentang penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Dedah pelakon drama Dunia Baru itu lagi, kanser yang dialaminya turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Kunjungan pendakwah terkenal, Ebit Lew ke kediamannya tempoh hari turut disifatkan Elyana sebagai satu rahmat dan suntikan moral buatnya untuk terus berjuang melawan ujian yang diberikan Allah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI