fbpx

Kerajaan belum wajibkan pengambilan vaksin – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19 di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih dalam kajian dan akan dibincangkan dalam Kabinet.

Beliau namun mengingatkan menjadi tanggungjawab setiap individu di Malaysia untuk melindungi diri sendiri dan juga insan lain.

“Mereka yang enggan divaksin cuma satu peratus. Prinsip kerajaan menjaga kepentingan teramai daripada (cuma) menjaga dan melindungi kepentingan yang sangat sedikit.

“Saya seru ambillah vaksin sebab sudah ramai orang ambil vaksin dan kita tidak dengar banyak kejadian tidak diingini selepas mengambil vaksin,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awan Seri Perak di Bandar Baru Sentul, di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, rakyat digalakkan mengambil suntikan vaksin bagi mendapatkan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan pada waktu pandemik Covid-19.

Menurutnya, keistimewaan itu termasuk merentas negeri pulang ke kampung bertemu ibu bapa dan keluarga, membeli belah di pasar raya, makan di restoran dan sebagainya.

Jelas beliau, lengkap suntikan vaksin juga syarat ditetapkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah yang mahu mengerjakan umrah.

“Mengapa perlu menyusahkan diri. Hendak mengerjakan ibadah pun boleh terganggu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI