fbpx

Sukma Johor 2022 kekal berlangsung tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) bersama Lian Ker (dua dari kanan) dan Ahmad Faedzal (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan kerja di ISN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Johor akan tetap dilangsungkan seperti yang ditetapkan pada tahun depan.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal menjelaskan, pihaknya masih belum dapat menetapkan tarikh sebenar berlangsungnya temasya dwitahunan itu kerana masih lagi dalam proses perbincangan.

“Kita akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri Johor yang sepatutnya menjadi tuan rumah dan membuat kata putus mengenai perkara itu nanti.

“Kita akan pastikan sukan ini mesti dijalankan kerana semua faham bahawa Sukma melibatkan atlet bawah umur 23 tahun. Kalau kita terus tunda lagi, maka ramai tidak berpeluang mengambil bahagian.

“Saya tidak dapat beritahu sekarang tetapi saya beri jaminan tidak akan bertembung dengan temasya lain seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli.

Sebagai rekod, Sukma Johor sepatutnya berlangsung dari 11 hingga 22 Julai tahun lalu sebelum tarikh penganjuran terpaksa dianjak dua kali pada Mac 2021 dan April 2021 disebabkan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terpaksa membuat keputusan membatalkan Sukma 2020 dan memberikan semula hak penganjuran edisi 2022 kepada Johor untuk dianjurkan tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI