fbpx

Rumah dibakar ahli keluarga tidak waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran berlaku di dua buah rumah berkenaan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, semalam. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA TINGGI – Lapan penghuni dari dua rumah di Tanjung Sedili di sini hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka disyaki dibakar oleh salah seorang ahli keluarga yang mengalami masalah mental semalam.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, pihak bomba mendapat maklumat kejadian itu pada pukul 6.49 pagi membabitkan rumah beralamat di Jalan Konkrit Perikanan Tanjung Sedili sebelum menghantar 18 anggota termasuk dari BBP Bandar Penawar ke lokasi.

Katanya, kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis struktur kekal bersambung yang masing-masing berkeluasan 18 kaki x 2 5 kaki.

“Kedua-dua buah rumah berkenaan dihuni seramai lapan orang dari dua buah keluarga yang mempunyai hubungan persaudaraan.

“Hasil maklumat awal diterima kebakaran telah disedari apabila salah seorang penghuni yang mempunyai masalah mental memaklumkan kepada kakaknya yang beliau telah membakar rumah tersebut. Bagaimanapun punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kesan kebakaran itu telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kedua-dua rumah tersebut.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila kesemua penghuni sempat bertindak keluar dari rumah tersebut bagi menyelamatkan diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI