fbpx

Lexus Malaysia perkenal ES250 F Sport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lexus ES 2021 baru ini akan berada di bilik pameran bermula 31 Oktober 2021.

PETALING JAYA – Lexus Malaysia memperkenalkan varian F Sport untuk model ES 250 hari ini.

Menurut Presiden Lexus Malaysia, Ravindran K, Lexus ES 250, antara sedan mewah eksekutif yang selalu menjadi keinginan ramai oleh kerana perincian buatan, keselesaan dan kehalusannya kini diberikan beberapa peningkatan bagi model tahun 2021.

Katanya, terbaru menyertai barisan sedia ada ES 250 ini adalah varian F SPORT dengan menawarkan keunikan tambahan.

“Sebagai sedan eksekutif gaya yang ada pada Lexus ES 250 akan memenuhi selera tinggi sesiapapun.

“Digabung dengan keterperincian dan kecemerlangan yang berterusan, peningkatan terhadap model yang dikemaskini ini akan, mengekalkan ES 250 sebagai sedan pilihan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa aspek rekaan juga telah diperbaharui dan tampil lebih segar untuk melengkapi bayangan gaya coupe
menawan yang ada pada model itu.

“Walaupun rekaan jeriji ‘spindle’ masih membawakan imej visual khusus Lexus, elemen yang ada padanya telah diubah dengan mengurangkan palang melintang dan corak L yang memberi penekanan kepada aliran lateral.

“Varian F Sport mempunyai corak yang terdiri daripada elemen L yang bersilang dengan kemasan metalik gelap,” tambahnya.

Dua varian lain, ES250 Primium dan Luxury turut dipertingkatkan untuk model 2021.

Semua varian Lexus ES 250 menggunakan enjin 2.5 liter petrol dan transmisi lapan kelajuan automatik.

Gabungan itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 204 hp dan tork maksimum 247 Nm.

Lexus ES 2021 baru ini akan berada di bilik pameran bermula 31 Oktober 2021 dan tempahan awal dibuka bermula hari ini di semua enam cawangan rasmi Lexus Malaysia.

Barisan sedan eksekutif ini dijual pada harga RM295,663.50 untuk varian Premium, Luxury ( RM329,910.50) dan F Sport (RM345,134.00).

Semua harga yang dinyatakan ini ialah harga atas jalan tidak termasuk insurans dan dengan pengecualian SST hingga
hujung tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI