fbpx

Lebuh raya di Pulau Pinang masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik arah utara di Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Jaya masih lancar, manakala trafik menghala Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan berikutan waktu puncak. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Keadaan trafik di lebuh raya di negeri ini didapati masih lancar setakat pagi ini.

Tinjauan Kosmo! di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seberang Jaya kira-kira pukul 10 pagi mendapati aliran trafik menuju ke utara masih lengang.

Bagaimanapun, laluan arah selatan menghala ke Jambatan Pulau Pinang didapati mengalami kesesakan seperti kebiasaan berikutan waktu puncak untuk orang ramai ke tempat kerja di bahagian pulau.

Dijangkakan kenderaan akan bertambah menjelang waktu petang bagi memasuki bahagian pulau dan menuju ke arah utara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis melalui Lebuh Raya Utara-Selatan.

Sementara itu, keadaan trafik di bandar raya George Town dekat sini masih lancar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI