fbpx

KJ lapor tindakan kumpulan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Twitter Khairy Jamaluddin hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, Khairy Jamaluddin menegaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap segelintir kumpulan antivaksin.

Walaupun begitu, jelas Khairy, kumpulan tersebut masih lagi menyebarkan berita palsu sehingga kini dan mengancam kesihatan awam dan perkara itu amat menjengkelkan.

Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan pakar perubatan keluarga, Dr. Sakinah Sulong yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.

Dr. Sakinah turut memuat naik tangkap layar dipercayai oleh kumpulan antivaksin menerusi aplikasi Telegram, yang antara lain mendakwa ada remaja yang disuntik vaksin Covid-19 mendapat kesan sampingan teruk dan meninggal dunia.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI