fbpx

Isu rumah pekerja dusun, pemaju disaran selesai ikut perundangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah Ismail sedang berbincang dengan pembeli rumah yang terdiri daripada bekas pekerja Ladang Dusun Durian di Bangunan SUK hari ini. - Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Seramai 109 pemilik tanah dan pemajunya iaitu Era Permai Sdn. Bhd. dicadangkan agar menyelesaikan projek perumahan bekas pekerja Ladang Dusun Durian, Morib dekat sini yang terbengkalai sejak 2006 diselesaikan menerusi perundangan di Mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, langkah itu bagi menyegerakan projek tersebut selepas tiada kesepakatan antara pemilik tanah dan pemaju termasuk dalam harga rumah.

Katanya, pemilik tanah hanya bersetuju dengan kenaikan maksimum 15 peratus berbanding lebih tiga kali ganda daripada harga asal yang dikemukan pemaju.

“Kedua-dua pihak juga terikat dengan klausa-klausa yang termaktub dalam surat kuasa wakil atau Power Of Attorney dan Perjanjian Jual Beli antara kedua pihak.

“Justeru, kerajaan negeri mencadangkan pemasalahan itu dibawa ke saluran mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini hari ini.

Terdahulu, 109 pemilik tanah yang juga pembeli rumah tersebut mendapat milikan tanah hampir 4 hektar daripada kerajaan negeri sebagai sebahagian pakej pemberhentian kerja ladang Golden Hope Plantation Berhad pada tahun 2005.

Pada tahun 2006, 109 pemilik tanah terbabit telah menandatangani PA untuk pemaju, Era Permai menguruskan pembinaan rumah.

Jelas Rodziah, pihak pemaju bagaimanapun gagal membina dan menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan projek perumahan tersebut terbengkalai.

“Pihak pemaju ada mengemukakan cadangan untuk menaikkan harga rumah tersebut sebanyak dua kali namun tidak persetujui pemilik tanah,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI