fbpx

Bina keyakinan pelanggan dengan barangan tulen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“SAYA terdorong membuka butik kerana begitu sukakan beg tangan dan mahu memberi peluang kepada golongan wanita di negara ini memiliki barangan berjenama pada harga mampu milik,”kata Nor Rafidah Khairuddin.

Bermula dengan menjadi personal shopper dan menjalankan perniagaan online sebagai penjual yang diyakini pelanggan pada 2014 ketika mengikut suami ke Montreal, Kanada, Rafidah kemudian membuka saluran Facebook sendiri, Branded Handbags by Rafidah.

Sedikit demi sedikit, wanita ini berjaya membina kepercayaan pelanggan dan membina pengikutnya sendiri sebelum mengambil keputusan
membuka butik menjual barangan jenama sendiri, Sellection.com secara rasmi pada 21 Mei 2018.

Siapa sangka, lebih tujuh tahun berkecimpung dalam bisnes tersebut, perniagaan diusahakan, Rafidah berjaya menerima anugerah The Best Brand E-Branding Award 2021 in e-Commerce Category dan terpilih masuk dalam ensiklopedia Succesful People in Malaysia 3rd Edition.

Rafidah bermula sebagai personal shopper ketika berhijrah ke Montreal, Kanada.

“Saya mahu meraikan keyakinan pelanggan dengan beg tangan berjenama dan berkualiti.

“Dengan adanya butik fizikal ini, iamemudahkan pelanggan membuat pembelian barangan berjenama dari Amerika Syarikat dengan melihat barangan tersebut di hadapan mata dengan koleksi sedia ada,” ujarnya.

Berpengalaman luas dalam bidang itu, anak kelahiran Perak ini dapat membezakan tas tangan tulen dan palsu seterusnya mendidik masyarakat mengesan keaslian sesuatu produk bagi mengelakkan daripada tertipu dengan barangan tiruan.

Tambahan pula, ada segelintir individu mengambil kesempatan dan berjaya mengaburi mata pembeli dengan menjual barangan tiruan pada
harga asli.

Katanya, untuk membeli atau mengenal pasti barangan terutamanya tas tangan sama ada tulen atau tidak adalah dengan melihat perincian pada barangan itu.

Rafidah sentiasa mendapat sokongan moral daripada suami, Abdul Hadi Wisman dalam apa jua bidang diceburinya.

“Mengambil contoh tas tangan jenama Coach, ia boleh dilihat daripada zip kerana jenama ini hanya menggunakan YKK, IDEAL dan Cursive C berbentuk lingkaran.

“Bagi barangan tulen, lambang YKK yang terletak pada zip adalah rapi dan sekali pandang boleh terus dibaca kerana hurufnya yang jelas dan kemas.

“Tulisan YKK juga mesti terletak dalam petak segi empat tepat,” ujarnya.

Selain itu, individu masih boleh mengesan ketulenan produk tas tangan tersebut terutamanya bagi model yang mempunyai butang.

“Butang beg tangan mahal biasanya mempunyai bulatan kecil di tengah dan ada tulisan USA PAT-SERIAL NUMBERCOMAG yang kemas dan jelas.

“Untuk tas tangan yang tidak asli, tiada bulatan kecil di tengah butang,” ujarnya.

Berbeza dengan tas tangan yang tidak tulen, ia kebiasaannya mempunyai huruf dan tulisan yang tidak kemas, berlapis dan kurang jelas.

Selain itu, tambah Rafidah lagi, individu juga boleh melihat rantai dan pemegang kulit tas tangan.

Bagi yang asli, pemegangnya disalut rapi dan hampir mencengkam rantai serta kelihatan sangat kemas.

Usaha Rafidah membuahkan hasil apabila dia mula mendapat kepercayaan masyarakat yang yakin dengan produk yang dijualnya.

Berbeza pula bagi tas tangan yang tidak original, rantai beg hanya digantung begitu sahaja dan tiada kekemasan padanya.

Di samping itu, produk mahal juga ada material berkualiti tinggi. Jika individu membeli produk tulen, maka ia tidak akan pudar atau terhakis
untuk jangka masa panjang.

“Terakhir adalah kemasan jahitan dan bentuk kulit yang mana kualiti jahitan pada kesemua tas tangan dan produk tulen juga sentiasa terjaga, rapi dan kemas.

“Jarang sekali untuk berlaku jahitan berganda ataupun benang yang terkeluar.

“Bagi bentuk kulit pula, tas tangan yang asli bentuk kulitnya akan timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah,” katanya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, bagi mengelakkan diri daripada ditipu pihak yang cuba mengambil kesempatan, pembeli harus bijak memilih personal shopper.

Selain itu, katanya, pengguna juga perlu membaca ulasan mengenai sesuatu kedai terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI