fbpx

88 kes kematian dicatatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan 88 kes kematian Covid-19 sekali gus kekal di bawah angka 100, demikian data pada laman web CovidNow.

Berdasarkan maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, tiada kematian sebenar dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam menjadikan angka kematian terkini sebanyak 27,681 kes.

“Sebanyak 22 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kumulatif BID sebanyak 5,590 kes,” menurut laman web tersebut.

Kesemua kematian dicatatkan di Sarawak (19), Johor (15), Sabah (15), Perak (8), Selangor (7), Kelantan (6), Pulau Pinang (5), Kedah (4), Kuala Lumpur (4), Terengganu (2), Melaka (1), Pahang (1) dan Putrajaya (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Terdapat 101,587 kes aktif melibatkan 78,414 kes kuarantin di rumah, 14,975 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,496 kes di hospital, 335 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 367 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 8,084 kes harian dilaporkan semalam, dua negeri dengan kes melepasi 1,000 iaitu Selangor (1,630 kes) dan Sarawak (1,056 kes) manakala, seterusnya Kelantan (896 kes), Johor (802 kes), Sabah (689 kes), Pulau Pinang (587 kes), Terengganu (451 kes) dan Kedah (416 kes).

Negeri-negeri lain Perak (409 kes), Kuala Lumpur (304 kes), Pahang (289 kes), Melaka (255 kes), Negeri Sembilan (184 kes), Perlis (82 kes) dan Putrajaya (24 kes) serta tiada jangkitan baharu di Labuan semalam. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI