fbpx

10 remaja tidak lengkap vaksin dikompaun sebelum daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengeluarkan kompaun terhadap remaja yang tidak lengkap vaksin di Bukit Panau, Tanah Merah hari ini. - Foto IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seramai 10 orang remaja masing-masing dikompaun RM2,000 selepas mereka didapati melakukan aktiviti riadah dengan mendaki Bukit Panau di sini hari ini tanpa lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Polis menjalankan operasi di kaki bukit pada pukul 7.30 pagi tadi dan telah memeriksa seramai 250 orang pengunjung dengan diiringi dua petugas Kementerian Kesihatan termasuk seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitenden Zainuddin Md. Yusoff berkata, kesemua remaja berusia 14 hingga 18 tahun itu dikompaun selepas mendapati mereka tidak lengkap dos vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

“Kesemua remaja itu dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dengan nilai kompaun RM2,000 setiap seorang.

“Polis sentiasa mengingatkan bahawa individu yang tidak lengkap suntikan vaksin tidak boleh ke tempat pelancongan atau lokasi tumpuan orang ramai,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, selain itu, polis turut mengeluarkan notis amaran terhadap 15 orang pendaki bukit tersebut yang didapati leka dan tidak menjaga prosedur operasi standard (SOP) apabila gagal menjaga penjarakan fizikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI