fbpx

Malakoff, Gas Malaysia bangunkan syarikat usaha sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) mengumumkan pembentukan syarikat kerjasama (JVCo), Malakoff – Gas Malaysia Cogen O&M Sdn. Bhd. bagi menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) bagi kilang cogeneration di Malaysia.

Malakoff merupakan penyedia perkhidmatan tenaga, air dan alam sekitar multi nasional de­ngan memfokuskan kepada penjanaan tenaga, nyahgaram air, O&M dan alam sekitar.

Sementara Gas Malaysia dilesenkan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 beroperasi dengan tujuan untuk membekalkan dan menjual gas asli serta gas petroleum cecair kepada pengguna industri, komersial dan kediaman, selain membangun, mengendalikan dan menyelenggara Sistem Pengedaran Gas Asli (NGDS) di Semenanjung.

Melalui usaha sama ber­kenaan, anak syarikat Malakoff, Malakoff Technical Solutions Sdn. Bhd. (MTS) akan memegang 51 peratus kepentingan ekuiti, manakala baki 49 peratus dimiliki oleh anak syarikat Gas Malaysia iaitu Gas Malaysia Ventures 1 Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, pihaknya optimis terhadap u­saha sama tersebut yang akan mempercepat pertumbuhan syarikat dalam perniagaan cogeneration.

“Ini adalah kesempatan besar bagi Malakoff untuk meluaskan lagi jejak kami dalam segmen perniagaan O&M.

“Kami mengalu-alukan pe­n­yer­taan Gas Malaysia sebagai rakan, yang membawa pengalaman luas untuk menghasilkan lebih banyak peluang dan sinergi kepada syarikat kerjasama ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, pakatan strategik itu bakal menjadi elemen penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat, di samping mengukuhkan keha­diran pasarannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN