fbpx

Kuala Selangor terima awal, Klang terakhir dapat air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga dari kiri) bergambar dengan seorang penerima lesen penjaja (empat dari kiri) di Wisma MBSA hari ini.

SHAH ALAM – Kuala Selangor dijangka paling awal menerima agihan bekalan air paling awal berbanding kawasan lain selepas kerja-kerja pembaikan dan penyengaraan aset utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 1(SSP1).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kawasan Klang atau di sekitar Andalas pula dijangka menjadi lokasi terakhir bakal menerima agihan bekalan air terawat dari LRA tersebut.

Katanya, jangkaan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd ( Air Selangor ) hari ini adalah empat hingga lima peratus kawasan menerima bekalan air semula.

“Bagaimanapun, menjelang esok banyak tempat akan menerima bekalan air mungkin mencecah antara 50 hingga 60 peratus kerana kolam imbangan dan agihan itu yang penting.

“Dua kolam ini kosong dalam tempoh selama 14 jam dan jadi memerlukan hampir 12 hingga 15 jam untuk pengisian air.

“Apabila kolam imbangan sudah baik, tekanan telah sempurna semakin cepat lokaliti tertentu dapat dipulihkan ( bekalan air),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Beliau menyedari ada gangguan dan bebanan kepada masyarakat namun lebih terkawal selepas notis dua minggu telah dikemukakan selain pemakluman peringatan berhubungnya.

“Selain itu,persediaan agensi-agensi telah dibuat dan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melakukan inisiatif tertentu seperti sediakan tangki septik tambahan dan sebagainya.

“Malahan tadi lawatan saya ke kolam statik juga mendapati Air selangor meletakkan air secara konsisten,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI