fbpx

KKM naik taraf perkhidmatan CAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menaik taraf perkhidmatan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sebagai persediaan ke arah fasa endemik melibatkan beberapa fungsi baharu yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini bagi memperluaskan kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit Covid-19 dan mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, antara inisiatif dilakukan ialah penambahbaikan penilaian kes Covid-19 di fasiliti kesihatan primer iaitu sebagai persediaan mengendalikan kes Covid-19 di klinik kesihatan, amalan kawalan infeksi yang baik akan sentiasa dipastikan bagi mengurangkan risiko jangkitan silang.

“Selain itu, pemantauan kes Covid-19 oleh pengamal perubatan swasta (CAC GP) dan sehingga 9 Oktober lalu, sejumlah 19,732 kes dipantau oleh CAC GP manakala, kini terdapat 1,149 CAC GP diwartakan di seluruh negara dengan 81 CAC GP aktif menyediakan perkhidmatan pemantauan kes yang sedang menjalani isolasi di rumah.

“Inisiatif lain ialah penubuhan CAC Swasta (CACS) oleh pengamal perubatan swasta iaitu alternatif bagi pesakit kategori satu dan dua (tidak bergejala atau bergejala ringan) yang menjalani pemantauan di rumah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, CACS mengunakan fasiliti selain yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan ini memberi peluang bagi perkhidmatan pemantauan di rumah atau tempat kediaman pesakit Covid-19 secara lebih tertumpu dan tidak menjalankan perkhidmatan pesakit luar yang lain.

Tambah beliau, inisiatif seterusnya ialah perluasan CAC Maya (Virtual CAC) ke seluruh negara mulai September lalu iaitu individu positif tidak bergejala dan bukan golongan berisiko tinggi tidak perlu hadir ke CAC sebaliknya, membuat pemantauan kendiri dan melaporkan status kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Ujarnya lagi, bagi perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) pula, individu yang melaporkan gejala, khususnya tanda-tanda amaran seperti demam, kesukaran bernafas, letih lesu berpanjangan dan sakit dada akan menerima SMS dan panggilan Automated Voice Recording (robocall) yang meminta mereka pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan lanjut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI