fbpx
Mohammad Shatar Sabran

Kaedah modular mampu tarik pelajar pascasiswazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan diberikan fleksibiliti untuk membangunkan struktur program pascasiswazah berdasarkan sistem blok bagi membolehkan penawaran program secara modular.

Menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, sistem blok ini adalah tambahan kepada sistem semester sedia ada, bagi menyokong IPT yang menawarkan program pada peringkat sarjana.

“Ini ialah satu daripada inisiatif MQA bagi membantu IPT meningkatkan pengambilan pelajar terutamanya penuntut antarabangsa, IPT diberi fleksibiliti untuk menawarkan program Sarjana Tahap 7 MQF dan Kedoktoran Tahap 8 MQF secara kerja kursus atau mod campuran dengan struktur modular.

“Selain itu, pengambilan pelajar perlu berdasarkan bilangan blok dalam satu tahun pengajian tertakluk kepada beberapa syarat tertentu,” katanya ketika pengambilan pelajar bagi program pascasiswazah.

Tambahnya lagi, sebelum ini bilangan maksimum semester bagi satu tahun pengajian ialah tiga semester dan sesi pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada bilangan semester yang ditawarkan jadi dengan adanya struktur modular mungkin dapat menarik minat pelajar tempatan dan antarabangsa.

“IPT yang berhasrat untuk menukar pelaksanaan semasa kepada struktur modular perlu mengemukakan pemakluman bertulis kepada MQA disertakan maklumat struktur modular berkaitan bagi tujuan rekod serta rujukan MQA semasa penilaian akreditasi penuh dan audit pematuhan.

“MQA yakin kaedah ini mampu menarik minat pelajar tempatan dan antarabangsa untuk meneruskan pengajian pascasiswazah di negara ini,” katanya.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya sentiasa peka dan mencari kaedah terkini serta inovatif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global selaras hasrat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. – K! ONLINE.

POPULAR

BERITA BERKAITAN