fbpx

Jawi anjur sambutan Semarak Cinta Rasul peringkat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih 40 program dan pengisian menarik disusun sempena sambutan Semarak Cinta Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H/2021M bermula 9 Oktober lalu sehingga 3 November depan.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berkata, program itu dianjurkan bagi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, acara kemuncak adalah Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung pada 19 Oktober ini dengan pengisian Naratif al-Quran, Penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul, dan Wilayah Persekutuan Berselawat.

“Majlis akan berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dengan jumlah kehadiran terhad selain turut disiarkan secara langsung di facebook rasmi JAWI.

“Program lain diatur termasuk enam siri Forum Maulidur Rasul bermula 20 Oktober sehingga 1 November; Semarak Cinta Rasul bersama OKU dan ‘Komuniti Disayangi’; Kuiz Maulidur Rasul dan Konti Radio JAWI Istimewa Maulidur Rasul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN