fbpx

Ahli perniagaan buat laporan SPRM terhadap Idris Haron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mansor Shah Golbal Shah menunjukkan laporan berhubung salah laku kedudukan Idris Harun selaku bekas ketua menteri memberi kelulusan status hak milik tanah laut pembangunan Melaka Gateway di perkarangan SPRM, di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan yang merupakan anak jati Melaka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Laporan tersebut telah dibuat Mansor Shah Golbat Shah terhadap Idris yang didakwa telah memberikan status free hold (kekal selama-lamanya) kepada sebuah syarikat untuk projek tambak pasir.

Menurutnya, bagi projek penambakan laut, Syarikat KAJ Devolopment Sdn. Bhd. telah mendapatkan keistimewaan yang luar biasa bagi Projek Penambakan Laut Negeri Melaka.

“Kelulusan Geran Tanah ini telah dikeluarkan walaupun projek penambakan ini belum siap dan geran bagi tanah ini juga telah dikeluarkan iaitu geran free hold (kekat selama-lamanya ) di mana ia tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara (MTN),” katanya selepas membuat laporan di pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Mansor Shah berkata, sekiranya pemberimilikan secara berkekalan di dalam keadaan-keadaan khas yang tertentu adalah diperlukan, maka Kerajaan Negeri hendaklah merujuk semula kepada MTN untuk mendapatkan persetujuan.

“Daripada apa yang saya dapati, kelulusan geran kekal ini, tidak diputuskan oleh mesyuarat MTN. Bagaimana geran kekal ini boleh dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran MTN,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI