fbpx

Wanita terjun kolam air mendidih untuk selamatkan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Slayton melecur dan koma selepas terjun ke dalam air panas bersuhu 93 darjah Celsius untuk menyelamatkan anjing peliharaannya. - Getty Images

CHEYENNE, WYOMING – Seorang wanita melecur dan koma selama seminggu selepas terjun ke dalam air hampir mendidih di dalam sebuah kolam air panas semula jadi atau geiser untuk menyelamatkan anjing peliharaannya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Laiha Slayton, 20, melecur lebih 90 peratus badannya apabila dia terjun ke dalam geiser yang merekodkan suhu air 93 darjah Celsius di Taman Negara Yellowstone, Wyoming.

Anjing Slayton bernama Rusty telah terjun ke dalam kolam air panas Maiden Grave Spring  pada 4 Oktober lalu.

Slayton ketika itu berkunjung ke sana bersama bapanya, Woodrow.

Setibanya di lokasi kejadian, Rusty berlari daripada kereta dan melompat ke dalam kolam air panas itu sebelum dilaporkan mati.

Woodrow membantu anak perempuannya itu keluar daripada air panas itu sebelum dirawat oleh penyelamat taman dan perkhidmatan bomba tempatan.

Slayton disifatkan bertuah kerana sempat diselamatkan oleh Woodrow yang melecur pada bahagian kaki ketika dia menarik wanita itu keluar.

Sekiranya proses penyembuhan Slayton berjalan lancar, wanita itu dijangka diletakkan dalam keadaan  koma selama dua hingga tiga minggu lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI