fbpx

Sharifah Shahira simpan air guna periuk kenduri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH Shahira berkongsi sekeping foto memaparkan suaminya menyimpan bekalan air dalam sebuah periuk yang sebelum ini digunakan untuk kenduri-kendara.

PETALING JAYA – Akibat gangguan bekalan air selama empat hari, pelbagai gelagat dan cara dilakukan penduduk Lembah Klang bagi menyimpan stok bekalan sumber asas tersebut.

Ada yang berebut membeli tong besar dan ada juga yang menadah air dalam plastik sampah untuk memastikan bekalan dapat disimpan bagi kegunaan harian selama empat hari.

Situasi getir yang dikatakan ‘acara tahunan’ penduduk Lembah Klang itu turut dilalui selebriti serba boleh, Sharifah Shahira.

Pelakon itu turut berkongsi bagaimana dia sekeluarga menyimpan bekalan air iaitu dengan menggunakan periuk besar.

Katanya, idea tersebut tercetus daripada suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azhari, 46, susulan jadual ketiadaan bekalan air bermula hari ini sehingga Sabtu.

“Suami aku pakai periuk ya. Kami ada periuk besar sebab selalu ada kenduri.

“Selamat datang ke dunia tiada air sehingga Sabtu. Katanya air akan mula diagihkan semula bermula hari Sabtu pada pukul 9 malam nanti,” katanya dalam satu entri Instagram.

Dalam ruangan komen, terdapat juga netizen yang turut melakukan cara yang sama seperti penyampai radio Suria FM itu.

Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula hari ini.

Situasi tersebut melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Gangguan bekalan air berjadual tersebut bermula pukul 9 pagi 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam 16 Oktober. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI