fbpx

KPDNHEP pastikan sektor peruncitan kekal berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSOL (dua dari kiri) meninjau barangan yang terdapat di kedai serbaneka emart24 pada majlis pembukaan cawangan baharu premis itu di Bandar Sunway, Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memastikan sektor peruncitan di negara ini terus berkembang pesat dan dapat memberi pilihan yang lebih baik kepada pengguna.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kementerian turut menyedari perkembangan industri peruncitan khususnya rangkaian kedai serbaneka yang sedang berkembang dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna khususnya golongan muda di Malaysia.

Sehubungan dengan itu katanya, KPDNHEP menyokong pelaburan yang dibuat oleh EMART24 Holdings Sdn. Bhd. sebagai syarikat tempatan untuk membawa masuk jenama kedai serbaneka yang popular dari Korea Selatan ke Malaysia.

“Langkah EMART24 Holdings Sdn. Bhd. untuk melabur dalam sektor peruncitan khususnya segmen kedai serbaneka di Malaysia menunjukkan keyakinan tinggi pelabur luar terhadap sektor peruncitan di negara ini, walaupun di sebalik suasana pandemik Covid-19 yang mencabar pada masa ini.

“Peningkatan pelabur dalam sektor ini turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran terutama ketika banyak syarikat dan perniagaan terkesan dengan pandemik COVID-19.

“KPDNHEP juga terus menerima maklum balas positif daripada syarikat pelabur luar lain yang berminat untuk melabur dalam sektor peruncitan di Malaysia dari semasa ke semasa,” katanya selepas merasmikan pembukaan cawangan kedar serbaneka emart24 di Bandar Sunway sini semalam.

Menurut beliau, kementerian akan terus memastikan sektor peruncitan di Malaysia kekal berdaya saing dan dapat terus menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19 ini.

Sebagai rekod, kedai serbaneka emart24 mula dibuka di Malaysia pada 22 Jun 2021 dan cawangan emart24 Bandar Sunway di sini merupakan cawangan yang kelima dibuka.

EMART24 Holdings Sdn. Bhd. juga merancang untuk membuka tujuh (7) buah cawangan emart24 lagi pada tahun ini di sekitar Lembah Klang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI