fbpx

Sidhartha Mallya terinspirasi dengan bekas kekasih, Deepika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIDHARTHA mengagumi Deepika yang membantu tentang kesedaran masalah kesihatan mental di India.

PELAKON jelita Deepika Padukone digelarkan sebagai sumber inspirasi oleh bekas teman lelakinya yang juga pelakon, Sidhartha Mallya.

Kata Sidhartha, dia kagum dengan semangat wanita itu dalam meneruskan perjuangan hidup.

Menerusi satu pendedahan, Sidhartha mengatakan, semangat tinggi Deepika untuk berjuang selepas disahkan menghidap masalah kesihatan mental sungguh menginspirasikan.

“Dia (Deepika) disahkan menghidap masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu. Sejak itu, dia mula menyebarkan pengetahuan tentang masalah mental.

“Saya menganggap tindakannya sungguh hebat,” jelasnya.

Tambah Sidhartha, Deepika yang kini bergelar isteri kepada aktor, Ranveer Singh telah meniupkan semangat hidup kepada pesakit mental lain menerusi pertubuhan Live Love Laugh yang dibangunkan.

“Deepika telah menjadi ‘guru’ kesedaran kepada kanak-kanak di sekolah dan juga seluruh masyarakat di India,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI