fbpx

Ribut solar hentam Bumi tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang menunjukkan kejadian ribut geomagnetik yang berasal dari Matahari. – NASA

LONDON – Satu fenomena ribut solar dijangka melanda Bumi hari ini yang berpotensi menyebabkan masalah-masalah utama kepada grid elektrik, lapor akhbar The Sun hari ini.

Menurut Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA), fenomena tersebut diramal sampai ke Bumi sekitar pukul 12 tengah malam ini.

“Ia diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik yang kecil dan sederhana.

“Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari lubang korona tiba dan mungkin meneruskan aktiviti geomagnetik yang agak aktif,” katanya.

Ribut solar berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar Matahari yang digelar Lontaran Massa Korona (CME). Ia merupakan satu pengusiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona.

Suar Matahari tersebut boleh memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan mengganggu signal radio.

Bagaimanapun, medan magnetik Bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih ekstrem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.

Sementara itu, Pejabat Meteorologi Britain menasihatkan orang ramai agar tidak panik. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI