fbpx

Perak lepasi 80 peratus penduduk divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak capai sasaran 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap vaksinasi. - Gambar hiasan

IPOH – Sasaran 80 peratus penduduk dewasa di negeri ini lengkap divaksin dicapai menerusi angka terbaru kelmarin sekali gus menepati sepertimana jangkaan.

Data yang dikeluarkan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Perak itu menunjukkan
80.2 peratus atau 1,494,272 penduduk dewasa telah menerima dua dos suntikan Covid-19.

Jumlah penerima dos pertama pula adalah 1,765,839 atau 94.8 peratus.

Pengerusi Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, vaksinasi harian pada Ahad lalu adalah seramai 16,277 orang.

“Alhamdulillah, Perak sudah melepasi 80 peratus vaksinasi.

“Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama, khususnya para petugas barisan hadapan,” ujarnya menerusi hantaran pada laman Facebook beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI