fbpx
Penduduk menunjukkan sistem saliran yang tercemar dengan najis babi di Kampung Jawi, Nibong Tebal semalam. – IQBAL HAMDAN

Derita najis babi sampai paras paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Beberapa penduduk di Kampung Jawi, Nibong Tebal di sini, mendakwa kejadian banjir kilat setinggi paras paha yang melanda perkam­pu­ngan mereka pada Ogos lalu bercampur najis babi.

Kejadian itu didakwa berlaku selepas kerja naik taraf sebuah ladang ternakan babi yang dipercayai dilakukan tanpa peranca­ngan sistematik sehingga sistem perparitan terjejas.

Seorang penduduk, P. Seeta, 32, berkata, kebiasaannya banjir kilat hanya pada paras buku lali, namun kali ini rumahnya dima­suki air sehingga satu meter.

“Saya terpaksa buang semua makanan di dapur kerana ada yang terkena banjir najis babi selain mesin basuh rosak.

“Pakaian anak-anak dan sofa juga terpaksa dibuang kerana ia sangat kotor dan dikhuatiri akan menjejas kesihatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Seorang lagi penduduk, R. Goovintan, 45, mendakwa, kerja naik taraf ladang itu dipercayai telah mengganggu sistem perparitan sedia ada sehingga menyebabkan banjir buruk berlaku.

“Malah, parit sedia ada juga tidak diurus apabila najis babi berwarna hitam tersekat.

“Kami sudah biasa dengan bau busuk, tetapi tak tahan apabila banjir itu melanda dan dikhuatiri akan berulang,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia, Meenaksi Raman berkata, pihaknya difahamkan kira-kira 300 penduduk telah merungut dengan masalah tersebut.

Katanya, penduduk mendakwa, masalah itu telah lama berlaku, namun kurang mendapat perhatian pihak berwajib biarpun sudah banyak kali dibangkitkan mereka.

“Saliran sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air yang banyak ketika hujan lebat kerana kawasan ini juga tidak terurus, dipenuhi semak dan tersumbat dengan sampah,” ujarnya.-K! ONLINE

POPULAR