fbpx

Angkara bergaduh, tiga lelaki ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang yang tular di media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang, dekat sini seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua video masing-masing berdurasi 37 dan 27 saat memaparkan insiden pergaduhan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, NanManjoi8715.

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menjalankan siasatan berkenaan video terbabit yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 32 hingga 52 tahun.

“Semua suspek tersebut direman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam kenyataan awal pagi ini.

Menurutnya, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan ke Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan video berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI