fbpx

Nasi terbang, lelaki melintas jalan melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang lelaki melintas secara melulu.

PETALING JAYA – Sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki melintas secara melulu dan hampir dilanggar sebuah kereta tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dikongsi di Facebook itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang berdiri di tepi jalan sebelum tiba-tiba melintas secara melulu.

Tindakannya itu menyebabkan pemilik video berkeaan yang juga pemandu kereta tersebut terkejut dan sempat mengelak daripada melanggar mangsa.

Bagaimanapun, daripada rakaman kamera papan pemuka bahagian belakang kereta tersebut, kelihatan mangsa terjatuh dan bungkusan makanan yang dibawa turut tercampak.

Tindakan lelaki tersebut mendapat kecaman orang ramai yang rata-ratanya menyifatkan tindakan melintas jalan secara melulu itu bukan sahaja bahaya untuk diri sendiri malah bakal menyusahkan pengguna jalan raya.

“Nasib baik ada dash cam bang. Kalau tak ke dalam kau gamak nya. Yang suruh peka keadaan sekeliling pun tak agak-agak. Ini kau peka la macam mana sekalipun, takkan sempat elak,” kata Saifullah.

“Nasi terbang melayang tak apa lagi, nasib baik bukan nyawa yang melayang. Kereta dah dekat pun tetap nak melintas,” kata Zalikha.

“Takkanlah pemandu kereta pula nak kena jaga pejalan kaki sepanjang masa. Takkan yang bawa kereta sahaja asyik perlu tengok kiri kanan, atas bawah,” kata Amy.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat lebih 2,000 tanda suka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI