fbpx

Forum maya tingkat jati diri peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBAGAI salah satu usaha untuk meningkatkan nilai tambah dalam kalangan kumpulan sukarelawan baharu dan lama, Yayasan Pelajaran,
Kebajikan & Penyelidikan Malaysia (EWRF) menganjurkan forum secara maya khas bagi kumpulan tersebut.

EWRF sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan oleh sekumpulan profesional dalam bidang pendidikan, perkhidmatan awam dan perniagaan pada 1979.

Julung-julung kali diadakan secara maya, forum tersebut bertujuan untuk memanfaatkan sumber-sumber ‘tersembunyi’ yang ada dalam
kesukarelawanan.

Selain itu, ia mengajar kemahiran insaniah yang diperlukan individu terutama anak muda dan tidak dapat dipelajari melalui kursus akademik.

Biarpun dianjurkan menerusi webinar, forum itu berjaya mengumpul semua sukarelawan, fasilitator dan pemimpin organisasi lama dan baharu EWRF.

Presidennya, A. Govindasamy berkata, sebagai sebuah NGO yang wujud lebih empat dekad, mereka bertanggungjawab memenuhi permintaan masyarakat dan kumpulan sasaran.

Semangat kesukarelawanan dalam dunia masa kini semakin berkurangan kerana manusia terperangkap dalam pergelutan mengejar keperluan materialistik.

Adakalanya mereka yang lemah dan miskin sering diabaikan dan dilupakan, khususnya semasa pandemik yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

Justeru, organisasi tersebut memerlukan ramai sukarelawan berkualiti di seluruh negara bagi memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Sukarelawan adalah seorang yang melayan manusia tanpa mengharapkan sebarang bentuk pembayaran, sebaliknya menikmati kepuasan yang diterima daripada layanan tersebut.

“Justeru, forum ini dianjurkan untuk menangani masalah kekurangan sukarelawan pasa masa kini.

“EWRF memerlukan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang, kebolehan dan usia supaya dapat memanfaatkan sumbangan mereka kepada masyarakat,” katanya.

Program julung-julung kali dianjurkan secara maya ini mendapat sambutan dalam kalangan sukarelawan EWRF bagi membentuk jati diri lebih bersemangat dalam membantu golongan memerlukan.

Tambah Govindasamy, semangat kesukarelawanan melibatkan kerja berpasukan dan tidak akan berjaya jika dilakukan secara perseorangan.

Majoriti sukarelawan EWRF yang sedia ada berpendapat, aktiviti yang dilakukan mereka memberi kepuasan emosi tersendiri yang mana perkongsian pengetahuan, kemahiran dan bakat yang ada menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik.

Forum tersebut dianggap sebagai platform yang sesuai untuk melaksanakan peranan mereka sebagai sukarelawan.

Beberapa peserta juga telah menyuarakan pendapat bahawa EWRF perlu menganjurkan lebih banyak forum berkaitan kemahiran kepemimpinan, kesukarelawanan untuk orang dewasa yang bekerja dan kemahiran tertentu untuk membentuk jati diri.

Pada program secara maya itu, ia dimulakan dengan dua sesi sumbang saran selari yang mendapat sentuhan dua bekas presiden EWRF iaitu
Ir. T. Rajasegaran Thevaraj dan S. Padmanathan.

Ir. Rajasegaran mengetuai kumpulan pertama terdiri daripada sukarelawan, fasilitator, pemimpin cabang terdahulu dan sekarang.

Padmanathan pula menjadi fasilitator bagi kumpulan sukarelawan baharu dan penerima manfaat EWRF.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di akhir forum, 90 peratus peserta berpuas hati dengan objektif, topik dan kandungan forum berkenaan.

Mereka turut berpuas hati dengan interaksi semasa sesi forum khas itu berlangsung.

Di samping itu, majoriti peserta mengakui, penceramah yang ada mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang berkaitan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN