fbpx

Jerung gigit kaki aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jerung tersebut secara tiba-tiba muncul dari bawah air dan mengelilingi aligator itu sebelum menggigit kaki kirinya dan menyebabkannya melompat. - The Sun

PULAU HILTON HEAD, CAROLINA SELATAN – Sekumpulan pelancong di Carolina Selatan, Amerika Syarikat terkejut apabila menyaksikan seekor jerung menggigit seekor aligator di kawasan perairan berhampiran sebuah dermaga di Pulau Hilton Head.

Menurut laporan akhbar The Sun semalam, detik-detik mencemaskan antara dua haiwan berbahaya itu berjaya dirakam oleh salah seorang daripada kumpulan pelancong tersebut yang sedang memberi makan kepada aligator itu.

Dalam sekelip mata, seekor jerung secara tiba-tiba muncul dari bawah air dan mengelilingi aligator tersebut sebelum menggigit kaki kiri haiwan itu dan menyebabkannya melompat.

Aligator yang mungkin berada dalam ‘mood’ baik itu tidak melawan, sebaliknya terus terapung di permukaan air, sementara jerung tersebut berlalu dari situ.

“Saya terkejut melihat kejadian itu jadi saya merakamnya untuk ditunjukkan kepada keluarga dan rakan-rakan,” kata perakam video tersebut, Cory Conlon. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI