fbpx

APMM tahan bot tunda, tongkang bersauh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot tunda dan tongkang (barge) ditahan APMM di perairan Pulau Kendi dekat George Town semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot tunda dan tongkang kerana disyaki bersauh tanpa kebenaran serta menggajikan kru asing tanpa permit yang sah semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan oleh kapal Maritim (KM) SIKUATI pada jarak 0.92 kilometer timur Pulau Kendi yang sedang melaksanakan Op Pertiwi kira-kira pukul 9.00 pagi.

“Bot tunda yang dikendalikan lima kru termasuk nakhoda, terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warga Indonesia berusia 22 hingga 34 tahun didapati memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja, namun mereka gagal mengemukakan dokumen kebenaran berlabuh dari Pengarah Laut Malaysia.

“Tongkang bermuatan jentera dan bahan binaan pula dikendalikan tiga warga Myanmar berumur 29 hingga 50 tahun, mereka ditahan kerana disyaki tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, nakhoda bersama dua kru bot tunda serta tiga kru tongkang itu telah dibawa ke Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang di sini untuk siasatan lanjut. –  K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI