fbpx

Rentas negeri 90 peratus, saya perlu percaya rakyat Malaysia – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin, ketika melawat bilik Wad Kanak-Kanak ketika hadir merasmikan Pembukaan Wad Kanak-Kanak dan Pelancaran Persijilan di Mawar Medical Centre, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Keputusan untuk membenarkan aktiviti merentas negeri sekiranya vaksinasi Covid-19 populasi dewasa mencapai sebanyak 90 peratus adalah sesuatu yang tepat dan sesuai pada masanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sekiranya mahu menunggu sehingga sekurang-kurangnya 80 atau 90 peratus jumlah vaksinasi penduduk di negara ini menerima dua dos lengkap, tindakan berkenaan akan menyebabkan rakyat terpaksa menunggu lebih lama sehingga pertengahan tahun depan.

Menurutnya, kadar keseluruhan berkenaan sukar untuk dicapai dalam masa yang singkat memandangkan sekitar 20 peratus penduduk merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang mana masih tiada vaksin yang dibenarkan buat golongan tersebut.

“Saaya perlu percaya kepada rakyat Malaysia… kalau sekiranya kita sampai bila tak bagi mereka merentas negeri, ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah. Masalah tekanan mental, tekanan emosi. Ada ramai yang dah sampai setahun tidak dapat berjumpa ibu bapa dan keluarga mereka.

“Sebab itu kita letak paras 90 peratus dan kita rasa ini adalah paras yang kita rasa selesa untuk kita buka sempadan negeri. Saya harap yang akan balik berjumpa dengan ibu bapa yang sudah berusia tua boleh lah melaksanakan tindakan-tindakan yang proaktif seperti buat ujian kendiri dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wad Kanak-kanak, Pelancaran Mesin MRI dan Pelancaran Pensijilan ISO 9001: 2015 Mawar Medical Centre di Mawar Medical Centre, di sini, tadi.

Khairy turut mengulas lanjut mengenai kebenaran merentas negeri tidak lama lagi itu dengan mengalu-alukan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan prosedur operasi standart (SOP) yang ketat dan penilaian kendiri TRIIS.

“Kita nak buka dengan selamat sebab itu reopening safely. Remaja pun saya rasa dlm sebulan lagi akan lengkap menerima dua dos adalah 80 peratus dan ini akan meningkatkan jumlah populasi keseluruhan penduduk yang divaksinasi kepada 70 peratus.

“Kita boleh tunggu sampai 70 peratus tapi saya rasa liputan vaksinasi kita sudah pun mencapai liputan yang agak luas dan kita mengamalkan SOP yang ketat dan pegang konsep TRIIS,” ujar Khairy.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI