fbpx

Newcastle bakal jadi kelab kaya England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE bakal membuat rombakan besar dengan membawa masuk ramai pemain bintang selepas proses pengambilalihan kelab itu selesai. – AFP

NEWCASTLE – Newcastle United dijangka menyertai kelompok kelab kaya di England selepas konsortium dari Arab Saudi dikatakan semakin hampir untuk mengambil alih pasukan itu daripada pemilik, Mike Ashley.

Jangka hayat Ashley sebagai pemilik pasukan selama 14 tahun dilihat sudah sampai ke penghujung memandangkan konsortium yang melibatkan usahawan Britain, Amanda Staveley berada pada fasa akhir pembelian.

Beberapa media tempatan melaporkan, pengambilalihan itu akhirnya akan menjadi realiti selepas 18 bulan tertangguh gara-gara isu penyiaran haram saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Arab Saudi.

Selepas persetujuan dicapai antara stesen penyiaran, BeIN Sports dan kerajaan Arab Saudi berhubung hak penyiaran serta isu cetak rompak, mereka kini akan menjadi penyiar sah kepada liga bola sepak terbaik dunia itu.

Difahamkan, proses ambil alih The Magpies akan diselesaikan dalam tempoh terdekat ini dan ia melibatkan perjanjian bernilai £300 juta (RM1.70 bilion), sekali gus menyingkirkan Ashley sebagai pemilik kelab.

Sekiranya urusan tersebut dapat diselesaikan, ia pastinya satu berita gembira buat penyokong-penyokong Newcastle yang sudah lama mendesak Ashley untuk melepaskan pasukan itu kepada pemilik baharu.

Newcastle dijangka akan membuat pelaburan besar bagi mendapatkan pemain baharu menje­lang jendela perpindahan musim sejuk nanti sebaik sahaja pasukan itu bertukar milik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI