fbpx

[VIDEO] Lelaki pandu Lamborghini langgar 6 kereta dijel 2 minggu, denda RM9,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Lamboghini yang tular selepas terlibat dengan kemalangan pada September lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang tular memandu kereta mewah Lamborghini yang melanggar enam buah kenderaan di Jalan Tun Razak di sini, bulan lalu dikenakan dipenjara dua minggu dan denda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Amanina Mohamad Anuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rahman Abdullah,28, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkap pada 6 Oktober lalu dan penjara lagi lima bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu selain tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak mempunyai lesen memandu telah didapati memandu kereta jenis Lamborghini Gallardo dengan melulu dan membahayakan kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan dan kerosakan teruk kepada enam buah kenderaan lain.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Tun Razak di sini pukul 8 pagi pada 8 September lalu yang didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutam Jalan 1987 dan boleh dihukum dibawah akta sama.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara boleh sampai lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

KOSMO! Online 8 September lalu melaporkan sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dipandu seorang lelaki tempatan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang.

Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI