fbpx
SABRONZO dan Ismail Izzani bertembung dalam satu peperangan yang akhirnya dimenangi oleh pasukan selayaknya.

Sabronzo, Ismail Izzani berlawan bawa geng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA selebriti industri muzik ta­nah air iaitu penyanyi berkumpulan wanita Dolla, Sabronzo dan Ismail Izzani Zainal Nazeri bergaya mempamerkan bakat mereka bermain permainan video mudah alih popular, Mobile Legends.

Sabronzo dengan nama penuhnya Wan Sabrina Wan Rusli dan Ismail Izzani dijemput bersama lapan lagi selebriti e-Sukan tanah air dalam satu pertaru­ngan pertunjukan diberi nama MLBB All Star Funmatch pada 2 Oktober lalu.

Ia sempena sambutan ulang tahun kelima permainan Mobile Legends yang dibangunkan oleh Moonton sejak ia mula diterbitkan pada 14 Julai 2016.

POSTER menampilkan Sabronzo dan Ismail Izzani bersama lapan selebriti e-Sukan tanah air dalam satu pertarungan MLBB All Star Funmatch pada 2 Oktober lalu.

Kedua-dua artis itu mengetuai pasukan masing-masing dengan mengharungi lima mod perlawanan iaitu Single Roles Heroes, Classic 5v5, Pandora, Classic 5v5 dan You Choose, I Fight.

Dalam pertembungan itu, pasukan Sabronzo diperkuatkan dengan kehadiran tiga streamer berpengaruh iaitu Soloz (Mohd. Faris Zakaria), Ombong Haha, Aul ML (Nazirul) dan Youtuber popular, Asyraf Rozami.

Pasukan Ismail Izzani pula dibintangi pemain futsal wanita negara, Intan Serah dan tiga lagi streamer terkenal iaitu Daddy Hood (Nureddy Nursal), XK Penjahat (Sofian Sultan) dan Xorn (Mohamad Zul Hisham Mohd. Noor).

Hasilnya, pasukan Ismail Izzani berjaya menewaskan pasukan Sabronzo dengan kemenangan tipis 3-2 dalam pertembungan sengit yang disiarkan secara penstriman langsung di platform Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

“Sebenarnya kami sebagai satu pasukan lega dapat menang sebab terkejut juga bila kedudukan terikat 2-2. Kami pelajari kesilapan untuk menang di pusingan ter­akhir,” kata Ismail.

PENGULAS tersohor e-Sukan tanah air turut memeriahkan pertarungan MLBB All Star Funmatch melibatkan Sabronzo dan Ismail Izzani.

Bagi Sabronzo pula, dia berbangga dengan prestasi rakan-rakan sepasukannya yang te­lah memberikan permainan terbaik untuk bangkit mengikat kedudukan selepas mereka ketinggalan 0-2 dalam dua perlawanan awal.

“Saya tidak geram (kekalahan) kerana pasukan saya bermain dengan sangat baik. Sebagai ketua pasukan, saya rasa kurang dalam perlawanan ini mungkin kerana penga­laman saya belum menya­mai rakan-rakan lain. Malang­nya kami kurang bernasib baik,” jelasnya.

Bagi memeriahkan pertembungan itu, Moonton turut membuat peraduan dengan memilih 10 orang bertuah de­ngan memberikan kod penebusan Razer Bonus Gold, Ra­zer Gaming Headset dan Razer Iskur Gaming Chair yang bernilai RM2,065.

Selain kehebatan lapan selebriti, empat pengulas turut dipanggil bagi me­rancakkan kehangatan ‘peperangan’ itu iaitu Mohd. Amirul Aiman Mohammad Kamal atau Laphel, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto), Terence Yong (icybaby12) dan Aaron Chan (Qontra).

POPULAR