fbpx

Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes seorang pemandu e-hailing bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita ketika menghantar makanan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, laporan polis berhubung kes itu yang dibuat di Balai Polis Subang Jaya diterima pihaknya kelmarin.

“Siasatan masih dijalankan berdasarkan aduan dan maklumat yang diberi pengadu selain menyemak data dalam rekod (e-hailing) serta kenderaan terlibat.

“Segala maklumat diperoleh akan membantu pihak polis dalam mengesan suspek yang dipercayai merupakan seorang lelaki Melayu,” katanya kepada Kosmo! tadi.

Dalam pada itu, Abd. Khalid turut mengalukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah berkaitan kes itu menerusi nombor telefon 03-562 10343 untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, polis turut memberi jaminan akan menjaga segala identiti pemberi maklumat.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita mendakwa menerima serangan seksual daripada seorang penghantar makanan apabila lelaki itu bertindak menunjukkan kemaluannya.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa ketika wanita itu mahu mengambil pesanan makanan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI