fbpx

Majikan dibekalkan kit ujian kendiri Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan membekalkan kemudahan kit ujian kendiri Covid-19 di bawah Program Ujian Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan kepada majikan yang melaksanakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja mereka.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penyediaan kit tersebut bertujuan membantu golongan majikan melaksanakan ujian saringan Covid-19 dengan lebih mudah dan pantas.

Katanya, Perkeso sebelum ini membekalkan kit ujian saringan jenis Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan yang menjalankan proses saringan Covid-19 pekerja mereka bermula 6 September.

“Menerusi program ini, majikan bertanggungjawab untuk menyelaraskan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 ini bersama klinik pilihan mereka, selain perlu menanggung kos perkhidmatan bagi ujian saringan tersebut.

“Setakat ini, Perkeso telah menerima 230,000 permohonan daripada majikan bagi mendapatkan kit ujian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, majikan yang belum membuat permohonan boleh memilih jenis kit ujian sama ada Rapid Test Kit (RTK) Antigen iaitu boleh dilakukan secara profesional oleh klinik atau kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dilakukan sendiri oleh pekerja.

Tambahnya, kit-kit ujian ini akan dibekalkan kepada majikan berdasarkan bilangan pekerja yang aktif mencarum dengan Perkeso. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI