fbpx

Kebun Kita sediakan petani akses pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hab mini Kebun Kita di Petaling Jaya mudahkan pelanggan mendapatkan sayuran segar dari ladang

PETALING JAYA – Patriots Holding Sdn. Bhd. (Patriots Holding) melancarkan platform e-dagang terbaharu, Kebun Kita yang menawarkan akses pasaran kepada petani tempatan.

Platform tersebut bertujuan untuk menangani jurang perbezaan harga dalam industri makanan tempatan, selain membolehkan petani dan pekebun kecil menjual produk mereka secara terus kepada pengguna akhir ataupun perusahaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ­Patriots Holding, Jamalee Bashah berkata, antara sebab utama Malaysia belum berupaya mencapai paras sara diri untuk makanan asas adalah ketidakseimbangan antara bayaran yang diterima petani dan apa yang dibayar pengguna.

“Ini tidak sepatutnya terus berlaku kerana petani adalahtulang belakang sebenar industri makanan dan mereka sepatutnya memainkan pe­ranan yang lebih besar dalam me­netapkan harga di pasaran.

“Sekiranya golongan petani terus dihimpit kerugian dan menjadi muflis kerana tidak diberi kekuatan untuk meminta apa yang adil bagi mereka, negara pasti terus tidak memiliki kemampuan untuk menyediakan sendiri sumber makanan untuk keperluan rakyat,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Jamalee menerangkan, antara ciri utama Kebun Kita adalah memberi peluang kepada petani menetapkan sendiri harga barang bagi memastikan mereka beroleh keuntungan, seterusnya mewujudkan si­tuasi menang-menang bagi semua pihak.

Selain menjalin kerjasama dengan ladang dan pekebun kecil di beberapa negeri, Kebun Kita turut mewujudkan rang­kaian gudang mikro atau hab mini di kawasan berkepadatan penduduk tinggi untuk penghantaran segera kepada pe­langgan.

Buat masa ini, empat buah hab mini telah diwujudkan dan Patriots Holding menyasarkan jumlah tersebut akan bertambah kepada 10 buah menjelang akhir tahun.

Selain itu, Kebun Kita turut mewujudkan platform Borong@Kebun Kita bertujuan untuk pelanggan membeli secara secara pukal dan ahli turut ditawarkan kemudahan pem­biayaan jangka pendek Beli Sekarang Bayar Kemudian de­ngan kerjasama IOUPay.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI