fbpx

Hubungan Malaysia, Qatar diperkukuh-PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menerima panggilan telefon daripada His Highness Sheikh Tamim Hamad Al Thani malam tadi

PETALING JAYA- Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar akan diperkukuhkan lagi selain turut merapatkan jalinan menerusi aspek perdagangan dan lain-lain bidang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu disuarakan selepas beliau menerima panggilan daripada Amir of the State of Qatar, His Highness Sheikh Tamim Hamad Al Thani malam tadi.

“Saya berbesar hati menerima panggilan daripada His Highness Sheikh Tamim Hamad Al Thani, banyak perkara telah kami bincangkan dalam perbualan selama setengah jam itu.

“Kami bersetuju untuk memperkukuhkan lagi hubungan di antara Malaysia dan Qatar termasuk hubungan dagangan dan lain-lain bidang,” tulisnya menerusi hantaran Faceebok malam tadi.

Pada masa sama, Ismail turut mengucapkan tahniah kepada Amir of Qatar di atas peranan penting beliau dalam isu berkaitan Afghanistan.

“Saya juga memaklumkan bahawa Malaysia bersedia membantu Afghanistan dalam perkara berkaitan kemanusiaan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI