fbpx

Capaian pornografi kanak-kanak membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah individu yang melakukan capaian akses internet terhadap kandungan pornografi kanak-kanak semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya 46 individu pada 2017 kepada lebih 38,000 pada tahun ini.

Jelasnya, trend peningkatan ini dlihat sangat membimbangkan kerana ia mendorong kepada berlakunya kes jenayah pedofilia yang juga semakin meningkat saban tahun.

“Sebenarnya kerajaan telah berusaha daripada pelbagai sumber terutama mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pemantauan media sosial.

“Pelbagai inisiatif telah diwujudkan antaranya termasuklah menubuhkan unit siasatan jenayah siber khusus untuk kes eksploitasi kanak-kanak secara dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Fadhlina Sidek di Sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI