fbpx

Jung Ho-yeon anggap kekasih macam ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG HO-YEON dan kekasihnya, Lee Dong-hwi.

PELAKON Jung Jo-yeon kini mengecapi populariti dalam sekelip mata menerusi naskhah fenomena Squid Game.

Meskipun merupakan percubaan sulungnya sebagai pelakon, namun lakonan dan watak bersahajanya bukan sahaja diterima ramai, namun diakui di seluruh dunia.

Tempias turut terkena pada kekasih hatinya yang juga aktor, Lee Dong-hwi.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai berusia 27 tahun itu mendedahkan sudah enam tahun menyulam cinta bersama kekasihnya.

Bukan sahaja peminat, malah kekasihnya itu juga sangat berbangga dengan pencapaian Ho-yeon menerusi Squid Game.

“Dia sangat berbangga dengan kemampuan yang sedang saya raih ketika ini. Dia seorang senior, rakan, orang yang baik dan sentiasa mengambil berat akan saya.

“Bukan sahaja sentiasa menyokong malah dia sering risau dan mengambil berat mengenai saya. Dia macam seorang ayah,” kata Ho-yeon mengenai kekasihnya ketika ditanya dalam satu program temu bual baru-baru ini.

Nama Ho-yeon yang juga seorang model meroket selepas membintangi naskhah perdana, Squid Game bergandingan dengan beberapa barisan pelakon hebat lain.

Lebih manis, naskhah thriller itu kini menduduki carta nombor satu di 82 buah negara yang menawarkan perkhidmatan penstriman digital, Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI