fbpx

Juventus berjaya raih kemenangan atasi Torino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOCATELLI (tengah) muncul wira Juventus apabila meledak gol kemenangan ketika mereka meraih kemenangan ke atas musuh setempat Torino awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri menganggap kemenangan 1-0 ke atas Torino pada aksi Serie A di Stadio Olimpico Grande Torino awal pagi semalam adalah prestasi terbaik pasukan itu musim ini.

The Old Lady terpaksa bergelut dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan dengan hanya memegang 39 peratus penguasaan permainan sebelum bangkit memenangi perlawanan itu menerusi jaringan pemain tengah, Manuel Locatelli pada minit ke-86.

Allegri menyifatkan kunci utama kejayaan itu selepas membawa masuk Juan Cuadrado di separuh masa kedua yang membolehkan Federico Chiesa beraksi sebagai pe­nyerang dan mencipta umpanan gol buat Locatelli.

“Kami bermain terlalu statik dalam babak pertama terutama di bahagian kanan selain banyak kali hilang penguasaan bola.

“Ia akan menjadi satu kekecewaan yang sangat besar buat kami jika gagal memenangi perlawanan ini selepas menang ke atas Chelsea baru-baru ini.

“Sebelum ini saya merasakan aksi bertemu Chelsea dan AC Milan (seri 1-1 pada 20 September lalu) adalah aksi terbaik kami tetapi saya silap. Inilah persembahan paling bagus setakat ini,” katanya.

Kemenangan itu melonjakkan Juventus ke tangga kelapan selepas tujuh aksi Serie A dan ketinggalan dua mata sahaja untuk kembali menempatkan diri dalam kelompok empat teratas selepas ini.

Dalam masa sama, ia juga adalah kemenangan pertama Juventus tanpa sebarang bolos selepas gagal melakukannya dalam 20 perlawanan Serie A berturut-turut sejak Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI