fbpx

Tiga dicekup leka punggah ayam seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang menbawa sebanyak 1,980 ekor ayam turut dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Burung Layang-Layang, Tumpat hari ini. FOTO: IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan tiga lelaki yang sedang memunggah sebanyak 1,980 ekor ayam yang diseludup dari negara jiran di pangkalan haram Burung Layang-Layang di sini hari ini.

Kejayaan rampasan ayam hidup seberat 5.94 tan pada pukul 1 pagi itu dilakukan melibatkan kerjasama Batalion 7 PGA dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyeludupan sebelum anggota PGA dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi tersebut untuk menjalankan serbuan.

Hasil pemerhatian mendapati tiga lelaki sedang memunggah kotak-kotak dari sebuah bot ke dalam sebuah lori.

“Hasil serbuan itu, PGA dan PPM menahan tiga lelaki tempatan berusia 25 hingga 42 tahun.

“Pemeriksaan di dalam 198 buah kotak yang sudah diletakkan di dalam lori mendapati mengandungi 1,980 ekor ayam hidup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, berdasarkan siasatan awal, bekalan ayam hidup itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran kerana penyeludup mahu mengelak daripada dikenakan bayaran cukai.

Hasil soal siasat mendapati kesemua bekalan ayam hidup itu dipercayai akan dihantar ke sebuah pusat penyembelihan ayam di sekitar daerah ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Pemeriksaan dan Kuarantin Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI