fbpx

Sarawak United ada kelas tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN kedua-dua pasukan cuba merampas bola pada aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor kelmarin.

PASUKAN Sarawak United terus mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila ‘mengajar’ satu lagi kelab berstatus Liga Super, Sri Pahang dengan kemenangan 1-0 pada aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia kelmarin.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, naib juara Liga Premier musim ini meraih gol tunggal menerusi Tommy Mawat Bada pada minit ke-61 sekali gus menghadiahkan kemenangan kedua berturut-turut selepas terlebih dahulu menewaskan Penang FC, Ahad lalu.

Ketua jurulatih The Golden Hornbill, E. Elavarasan berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh anak-anak buah­nya dalam usaha meneruskan momentum cemerlang sebelum saingan peringkat kumpulan berehat selama sebulan.

“Saya rasa ini adalah tiga mata yang sangat berharga kerana kita tahu kualiti yang dimiliki oleh Sri Pahang kerana mereka mempunyai barisan pemain yang bagus.

“Namun, anak-anak buah saya membuktikan bahawa mereka mampu menyerap tekanan kerana pasukan lawan mula mengasak selepas kita berjaya menjaringkan gol.

“Kami bernasib baik apabila benteng pertahanan yang diketuai oleh Taylor Reagan kekal fokus untuk mengelakkan pasukan daripada dibolosi pada aksi kali ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh mengakui ketumpulan jentera serangan masih menjadi punca pasukannya agak bergelut pada kempen Piala Malaysia kali ini.

“Pasukan terpaksa akur selepas tewas dua perlawanan berturut-turut dan keputusan ini seperti dijangka apabila kami gagal mencipta sebarang peluang untuk menjaringkan gol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI