fbpx

Koeman tunggu kata putus Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN mengakui para pemainnya kini berdepan krisis keyakinan yang teruk yang menyaksikan mereka tewas aksi kedua Liga Juara-Juara kepada Benfica awal pagi semalam. – AFP

PORTO – Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman mengakui nasibnya sebagai pengendali pasukan kini seperti ‘telur di hujung tanduk’ selepas mengalami kekalahan memalukan apabila tewas 0-3 kepada Benfica dalam aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Da Luz itu, skuad The Catalan terpaksa akur dengan kekuatan kelab gergasi Portugal itu yang meraih jaringan hasil ledakan Darwin Nunez yang menyumbangkan dua gol dan Rafa Silva untuk memastikan Barcelona menduduki tangga tercorot Kumpulan E.

Kata Koeman, apa yang direkodkan oleh pasukannya selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut selain gagal meledak sebarang gol adalah sesuatu yang merisaukan tetapi sudah dijangka ekoran masalah keyakinan yang melanda barisan pemain ketika ini.

“Ini bukanlah pasukan klasik Barcelona seperti di zaman kemuncak beberapa tahun lalu. Jurang kualiti yang ada jauh berbeza dan saya harap penyokong bersabar selain memberi ruang buat kami membentuk pasukan mantap.

“Namun, saya tetap bertanggungjawab dengan keputusan ini dan harus diakui Benfica pasukan yang lebih baik. Saya tidak tahu berapa lama peluang akan diberikan (sebelum dipecat) tetapi buat masa ini fokus akan diberikan untuk aksi La Liga menentang Atletico pada Ahad nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah Barcelona, Frankie De Jong mengakui pihak pengurusan wajar memberi peluang dan tidak terburu-buru membuat keputusan memecat Koeman kerana barisan pemain masih percaya dengan falsafah bola sepak yang diterapkannya.

“Saya harap Koeman masih diberi masa kerana peluang untuk kita layak ke peringkat kalah mati masih terbuka dan dua kekalahan berturut-turut ini tidak membuatkan pasukan ini tersingkir daripada saingan ini,” kata pemain antarabangsa Belanda itu.

Difahamkan, Barcelona yang dihimpit masalah kewangan ketika ini perlu membayar pampasan sebanyak £10.4 juta (RM58.6 juta) sekiranya mahu menamatkan kontrak Koeman lebih awal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI