fbpx

Covid-19 – Perkeso Pahang bayar RM820,603.75

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Johari (kanan) menyampaikan cek Prihatin Perkeso kepada seorang penerima di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bera di Bera hari ini.

BERA – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar pampasan sebanyak RM820,603.75 kepada pekerja dan waris pekerja yang dijangkiti Covid-19 di negeri ini sejak Januari hingga 31 Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang (NGO) Negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, bayaran itu melibatkan 1,041 kes termasuk 24 kes kematian.

“Jumlah tersebut telah dijelaskan kepada pekerja terbabit yang mana prosedur tuntutan adalah sama dengan kes-kes lain seperti faedah pengurusan jenazah.

“Pada masa ini kita menerima kira-kira 30 kes tuntutan setiap hari kerana ia dihantar secara berperingkat-peringkat,”katanya selepas majlis perasmian program sambutan Jubli Emas Perkeso Temerloh di Dewan Sri Kempas Ibu Pejabat polis (IPD) Bera di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pekerja yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja boleh membuat tuntutan Perkeso sepanjang tempoh cuti sakit atau kuarantin manakala bagi kes melibatkan kematian tuntutan boleh dibuat oleh waris.

“Saya berharap pekerja di negeri ini peka dan tidak mengambil mudah untuk mencarum dengan Perkeso berikutan situasi yang berlaku seperti pandemik Covid-19.

“Pada masa sama saya menggesa pihak majikan berkolaborasi dan bekerjasama dengan Perkeso untuk memberikan kesedaran kepada pekerja untuk mencarum,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI